Kuasai Dunia Pelaburan Saham FCPO 
(Futures Crude Palm Oil) 

Click here to edit subtitle

 

 

MENGENALI & MEMAHAMI ASAS BERDAGANG (TRADE) FCPO

(Penting Untuk Kita Fahami)

(1) Apa itu FCPO ( Futures Crude Palm Oil)

FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD). Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah (syariah compliant) yang disandarkan kepada market fizikal kelapa sawit dunia.


FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah (1 lot FCPO bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah) pada suatu masa tertentu di masa hadapan.


Market niaga hadapan CPO adalah penanda aras harga minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit di seluruh dunia. Pada awalnya ia menggunakan sistem open outcry dan kemudiannya pada tahun 2001 ditukar kepada platform elektronik yang membolehkan urusniaga yang lebih efisien dan mampu menarik lebih ramai pelabur.


FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia. Satu pergerakan minima harga (satu tick) bagi FCPO adalah RM1 di futures yang membawa nilai sebenar RM25.00. Oleh itu jika harga FCPO bergerak sebanyak RM5.00, ini bermakna nilai sebenar kepada trader adalah RM25.00 X RM5.00 = RM125.00.

(2) Kenali Bacaan Candle

Candlestick terdiri daripada tubuh (kawasan di antara aras buka dan aras tutup), dan bayang atas serta bayang bawah (jejak harga di atas dan bawah tubuh) yang juga dikenali sebagai "sumbu" (wicks) dan "ekor" (tails).


Jika harga meningkat sepanjang suatu tempoh, kandil biasanya diwarnakan putih atau hijau. Dalam kes sebegini, harga pembukaan berada di bahagian bawah tubuh dan harga penutup berada di bahagian atasnya.


Jika harga jatuh sepanjang suatu tempoh, kandil biasanya diwarnakan hitam atau merah. Di dalam kes sebegini, harga pembukaan berada di bahagian atas tubuh, manakala harga penutup di bahagian bawahnya.


Titik paling hujung bayang atas adalah "nilai tertinggi" yang dicapai sepanjang tempoh, manakala titik paling hujung bayang bawah adalah "nilai terendah". Secara ringkasnya, setiap candlestick memberikan gambaran aksi harga yang jelas.


Lebih panjang tubuh, lebih padu tekanan membeli/menjual. Candlestick yang pendek, sebaliknya, menunjukkan pergerakan harga yang kecil dan mengisyaratkan harga sedang mengukuh di suatu aras atau julat.



(3) Fahami Pergerakan Candle

– Ketika ada banyak pembeli yang melakukan pembelian, harga market semakin meningkat sehingga pada akhir periode market ditutup diatas harga pembukaan, akhirnya terbentuklah candle Naik ( hijau ) .


Besarnya dorongan beli boleh diukur dari pergerakan market dari Low sampai Close. Semakin besar dorongannya, maka semakin besar body candle yang terbentuk. Sehingga besarnya body candle hijau ini menunjukan dominasi pembeli.


_________________________________________________


– Ketika banyak trader yang melakukan penjualan, harga market semakin turun, sehingga pada akhir periode biasanya nilai penutupan market dibawah harga pembukaan. Kondisi inilah yang menyebabkan candle yang terbentuk berwarna merah (turun).


Pada candle Turun ( merah) tekanan penjual diukur dari High sampai Close. Semakin besar tekanan penjualan, maka harga akan semakin jatuh dan semakin membentuk body candle merah yang panjang. Sehingga besarnya body candle merah ini menunjukan besarnya dominasi penjual.

(4) Jenis Pola Pergerakan Pasaran FCPO

Secara amnya, trend membentuk 3 pergerakan iaitu up, down dan sideways. Up trend adalah siri harga tertinggi di hubungkan dan menjadi satu trend pergerakan ke arah kenaikan dan begitu juga Down trend sebaliknya. 

Bagi sideways pula ialah biasanya harga pasaran yg bergerak secara dalam lingkungan yang sekata dan secara horizontal. Lihat gambarajah di sebelah.

(5) Perbezaan Pasaran Saham & FCPO

Anda boleh lihat rajah di sebelah untuk memahaminya.

HALAMAN UTAMA :  https://fcpo.webs.com/


INFO PEMBELAJARAN :  https://fcpo.webs.com/info-pembelajaran